Angin kencang disusuli hujan lebat petang tadi mengakibatkan Klinik Kesihatan (KK) Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka musnah dibadai ribut.

ALOR GAJAH – Angin kencang disusuli hujan lebat petang tadi mengakibatkan Klinik Kesihatan (KK) Masjid Tanah di sini rosak dilanda ribut.

Kejadian kira-kira 5.30 petang itu turut dikongsikan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin melalui Facebook (FB) rasminya.

“Allahuakhbar kejadian hujan dan ribut petang tadi memusnahkan beberapa khemah dan juga harta benda di KK Masjid Tanah.

“Syukur tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan didoakan agar dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Angin kencang disusuli hujan lebat petang tadi mengakibatkan Klinik Kesihatan (KK) Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka musnah dibadai ribut.

Beliau turut berkongsi beberapa gambar dan klip video berdurasi 54 saat menunjukkan kesan kemusnahan teruk klinik kesihatan berkenaan.

Turut kelihatan beberapa jururawat sedang berlegar di luar pekarangan klinik bagi meninjau kerosakan akibat bencana alam itu.

Insiden itu turut tular di media sosial apabila orang ramai yang berkongsi saat pusat kesihatan awam itu dibadai ribut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast