Datuk Azmir Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan Datuk Azmir Saifuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharuĀ  berkuat kuasa hari ini.

Azmir akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Oktober 2025.

Pemilihan Azmir dilihat bertepatan dengan misi dan hala tuju Finas kerana beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam industri seni.

Finas dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Azmir juga diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan kualiti industri perfileman tempatan.

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem ke tahap yang lebih tinggi,” jelas kenyataan tersebut.

Azmir juga bukanlah nama asing dalam agensi Finas kerana sebelum ini pernah menyandang jawatan timbalan ketua pengarah antara Januari 2017 hingga 2019.

Beliau memiliki ijazah dari Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom dalam bidang pengkomputeran.

Sebelum ini juga Azmir pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX selepas memulakan kerjaya di Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Digital Malaysia (MDEC).

Pelantikan Azmir ini bagi menggantikan Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang mana perkhidmatannya ditamatkan secara mengejut pada 1 Jun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast