Dr Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR – Indeks jenayah dan indeks jenayah komersial masing-masing menurun pada sebanyak 4.1 peratus dan 3.0 peratus kepada 50,813 kes dan 30,536 kes pada tahun lalu

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks jenayah yang merangkumi jenayah kekerasan dan harta benda masing-masing menunjukkan penurunan 10 peratus dan 2.4 peratus kepada 10,348 kes dan 40,465 kes untuk tempoh tersebut.

“Kesemua jenis kesalahan di bawah jenayah komersial yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia menurun kecuali kesalahan berkaitan wang palsu dan jenayah siber,” ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perangkaan tersebut diperolehi melalui Laporan Statistik Jenayah, Malaysia, 2023 terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)  membabitkan sembilan statistik jenayah terpilih iaitu Jenayah Indeks, Jenayah Keganasan dan Seksual, Dadah, Rasuah,
Pematuhan Alam Sekitar, Kesalahan Trafik, Jenayah Komersial, Jenayah Maritim dan Fasiliti Pemulihan untuk tempoh antara 2020 hingga 2022.

Menurut Mohd Uzir, bagaimanapun kes jenayah siber meningkat sebanyak 44.3 peratus kepada 577 kes pada 2022 daripada 400 kes pada tahun sebelumnya.

Tambah beliau, kesalahan tipu merekodkan bilangan tertinggi iaitu 27,247 kes (89.2 peratus) diikuti pecah amanah (911 kes iaitu 3.0%) dan kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (832 kes; 2.7%).

Kesalahan tipu merekodkan bilangan tertinggi ialah sebanyak 27,247 kes (89.2 peratus), diikuti pecah amanah yang mencatatkan 911 kes (3.0 peratus) dan terdapat juga 832 (2.7 peratus)  kesalahan yang berlaku di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast