Keryas yang kelihatan seolah-olah warna bendera Palestin

NEW YORK – Jenama runcit antarabangsa Marks & Spencer (M&S) memadam iklan Krismas yang didakwa menghina dan memperlecehkan rakyat dan negara Palestin.

Dalam foto yang dikongsi di media sosial, iklan tersebut memaparkan seorang wanita sedang menikmati perayaan Krismas.

Terdapat pendiang api yang sedang marak menyala dan kelihatan kertas berwarna seolah-olah bendera Palestin sedang terbakar.

Pada kapsyen iklan itu tertulis “Krismas ini, lakukan apa yang anda suka… seperti berkata tidak kepada topi kertas” dengan hashtag #LoveThismasNotThatmas”.

Seorang wanita berdiri di tepi pendiang api dalam iklan berkenaan.

Pengguna media sosial menuduh syarikat tersebut berkempen untuk memburukkan Palestin yang kini berhadapan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Israel.

M&S dalam satu kenyataan di media sosial memohon maaf terhadap penyiaran foto berkenaan dan mendakwa ia dirakam pada bulan Ogos bagi mempromosi produk pakaian dan peralatan rumah untuk Krismas.

“Ia menunjukkan topi kertas pesta Krismas tradisional berwarna perayaan iaitu merah, hijau dan perak dalam api.

“Walaupun niatnya adalah untuk menunjukkan secara main-main bahawa sesetengah orang tidak gemar memakai topi Krismas kertas sepanjang musim perayaan, kami telah memadamnya berikutan maklum balas dan kami memohon maaf jika menyinggung perasaan secara tidak disengajakan,” katanya.

Seorang selebriti yang turut terbabit dalam iklan itu, Tan France mengecam  pengkritik yang menyatakan kertas tersebut adalah warna bendera Palestin.

Beliau berkata, pengguna media sosial membuat ‘komen tidak masuk akal’ dan memberitahu mereka penggambaran berlangsung pada Ogos – dua bulan sebelum keganasan Israel-Hamas meletus.

Promo M&S itu adalah sebahagian daripada kempen yang lebih luas untuk jenama tersebut memulakan musim iklan perayaan dengan menggalakkan orang ramai untuk mengelakkan kerja-kerja Krismas yang tidak berkesudahan dan menumpukan pada keseronokan diri sendiri.

Iklan tersebut menggunakan barisan wajah terkenal termasuk penyanyi Sophie Ellis-Bextor, pelakon Marvel Zawe Ashton, bintang Ted Lasso Hannah Waddingham, dan pakar gaya Queer Eye Tan France.

Tragedi yang menimpa rakyat Palestin mendapat simpati seluruh dunia selepas hampir 9,000 terkorban akibat dibom oleh Israel dan tentera Zionis masih meneruskan kempen ketenteraan di wilayah Gaza dalam konflik yang memasuki minggu keempat.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.