JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipersembahkan taklimat perkembangan Rejimen Gerak Khas meliputi aspek gerakan, pentadbiran dan lain-lain perkara.
Terdahulu, baginda yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) berkenan menerima mengadap Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah, Panglima 21 GGK.
Pada sesi mengadap bersama Sultan Johor di sini hari ini, Mejar Jeneral Adi Ridzwan turut mempersembahkan dan memperkenalkan Pegawai-Pegawai Memerintah GGK yang baharu kepada baginda.
Pegawai terlibat ialah Pegawai Memerintah 11 RGK Kolonel Ahmad Huzaini Zainuddin, (Pegawai Memerintah 21 KDO, Kolonel Razak Akob dan Pegawai Memerintah 22 KDO Mohd Musyadi Abdul Mutalib. – MalaysiaGazette