KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd, Dr Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek Shahar diarah bercuti berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 15 Disember 2023 atau sehingga notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah.
MSM dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, “garden leave” atau cuti sementara Mazatul ‘Aini Shahar itu adalah perlu untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.
“MSM akan meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa. Pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan material mengenai perkara ini,” katanya. – Bernama