hassan nasrallah
Hassan Nasrallah - Gambar: Palestinian Information Center

BEIRUT – Perkembangan situasi di Gaza akan menentukan sejauh mana konflik di sempadan Lubnan-Israel akan berlarutan.

Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah berkata, kegagalan Amerika Syarikat (AS) menghentikan keganasan rejim Zionis Israel di Gaza akan menyebabkan situasi di sempadan Lubnan bertambah buruk.

“Mana-mana pihak yang ingin menghalang peperangan merebak ke rantau ini mesti menghentikan keganasan terhadap Gaza.

“AS adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Gaza dan negara itu mesti menghentikannya,” katanya seperti dilaporkan Palestinian Information Center.

Beliau menambah, operasi yang dilancarkan Hezbollah di sempadan Lubnan telah membuahkan hasil sehingga menyebabkan rejim Zionis Israel terpaksa melakukan evakuasi di 43 kawasan penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

“Operasi tersebut telah mencetuskan kebimbangan dan ketakitan dalam kalangan pemimpin-pemimpin Israel dan AS,” katanya.

Hassan mengingatkan bahawa pihaknya bersedia menghadapi segala kemungkinan di sempadan Lubnan.

“Kami ingin beritahu pihak musuh, rancangan mereka menyerang Lubnan adalah tindakan yang kurang bijak,” jelasnya.

Beliau turut menggesa negara-negara Arab agar mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap rejim Zionis Israel.

“Adalah tidak memadai jika sekadar mengecam keganasan rejim Zionis Israel. Mereka sepatutnya memutuskan hubungan diplomatik dan memanggil balik duta-duta mereka,” katanya.

Pada masa yang sama, Hassan mengalu-alukan penglibatan Iraq dan Yaman dalam konflik tersebut yang disifatkannya sebagai keputusan yang berani dan bijak. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast