KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengucapkan takziah kepada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang baharu sahaja kehilangan adik kandungnya, Datuk Balankumaran Sanasee.
“Semoga seluruh keluarga mantan Yang di-Pertua Dewan Negara (YDPA) itu akan diberikan kekuataan untuk melalui keadaan sukar ini.
“Tumpang berdukacita dan mengucapkan takziah kepada Presiden MIC @tsvigneswaransa serta seluruh keluarga @micmalaysia atas kematian mendiang Datuk Balankumaran Sanasee.
“Semoga ahli keluarga dan semua yang mengenali mendiang tabah dengan ujian ini – terima kasih beri ruang untuk saya menziarahi seterusnya memberi penghormatan terakhir,” tulisnya dalam Facebook beliau.
Keluarga mendiang menerima ucapan takziah daripada pimpinan MIC yang rata-ratanya terkejut dengan berita kematian tersebut.
Difahamkan, mendiang yang juga Pengerusi MIC Bahagian Jalan Seroja dan pengasas Pertubuhan Integrasi Nasional (PIN) meninggal dunia pagi semalam kerana masalah kesihatan.
Mendiang dikebumi di Nirvana Memorial Park. – MalaysiaGazette