Operasi Lapangan Terbang Humburg, Jerman dihentikan selepas seorang suspek bersama dua tebusan melepasi halangan dan berada di parkir pesawat. Foto Zee News

HAMBURG – Seorang lelaki bersenjata dengan dua tebusan telah melepasi penghadang keselamatan dan berada di landasan lapangan terbang di sini.

Terdapat sekurang-kurangnya dua orang di dalam kereta itu termasuk seorang kanak-kanak, kata polis.

Polis sedang berhubung dengan pemandu, yang memasuki lapangan terbang pada petang Sabtu kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.

Isteri suspek mendakwa kemungkinan berlaku penculikan kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan, polis berkata, mereka percaya “pertikaian hak penjagaan punca kepada kejadian ini”.

Mereka berkata, suspek melepaskan dua das tembakan ke udara dan melemparkan botol terbakar dari kenderaan itu.

Dia memandu keretanya ke apron lapangan terbang, kawasan tempat parkir pesawat.

“Kami berada di tapak dengan kontinjen besar. Kami kini menganggap situasi tebusan statik,” kata polis Hamburg di X.

Pakar psikologi turut berada di lokasi, kata polis.

Semua pelepasan dan ketibaan di lapangan terbang di bandar utara Jerman itu telah dihentikan.

Pada awal pagi Ahad, polis Hamburg mengesahkan keadaan itu masih berterusan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast