Pesawat tentera Jordan yang membawa ubat-ubatan untuk penduduk Gaza

GAZA CITY – Jordan menjadi negara pertama yang berani menggunakan pesawat tentera untuk menjatuhkan bantuan perubatan kepada penduduk Gaza.

Menurut Raja Jordan Raja Abdullah II, negara itu mengambil tindakan berani demi memastikan penduduk Palestin mendapat perubatan yang sewajarnya.

“Anggota tentera udara kami yang tidak gentar menghantar bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital medan Jordan di Gaza.

“Ini adalah tugas kita untuk membantu saudara-saudara kita yang cedera dalam peperangan di Gaza. Kami akan sentiasa ada untuk saudara Palestin,” katanya di Platform X.

Pengguguran bantuan melalui udara itu dilakukan ketika tentera udara Israel masih melakukan serangan roket dari udara ke atas penduduk Gaza.

Bantuan itu juga dilaksanakan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, melakukan lawatan diplomatik serantau membincangkan isu di Gaza.

Sementara itu The Time of Israel mendakwa, bekalan perubatan Jordan tersebut diselaraskan dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Israel.

Pegawai Amerika yang enggan namanya disiarkan memaklukan perkara tersebut kepada media Israel terbabit.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast