Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia minggu lepas, dengan merekodkan belian bersih RM163.7 juta selepas menjadi penjual bersih sejak dua minggu lalu.

MIDF Research berkata, pelabur asing membeli sebanyak RM58.3 juta ekuiti tempatan pada hari Selasa, RM83.3 juta pada hari Khamis dan RM210.5 juta pada hari Jumaat.

Pelabur asing menjadi penjual pada hari Isnin dan Rabu, masing-masing sebanyak RM79.2 juta dan RM109.2 juta.

Bank Negara Malaysia telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00% dalam Mesyuarat Dasar Monetari terakhirnya tahun ini, sejajar dengan jangkaan kami dan pasaran.

Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih untuk minggu ini ialah utiliti (RM56.7 juta), pembinaan (RM54.7 juta) dan hartanah (RM48.5 juta), manakala tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (RM60. 9 juta), produk & perkhidmatan pengguna (RM42.9 juta) dan tenaga (RM10.8 juta).

Manaka pelabur dari institusi tempatan pula menjual sebanyak RM93.4 juta minggu lepas, menamatkan pembelian bersih selama empat minggu.

Mereka menjual ekuiti tempatan sebanyak RM54.0m pada hari Selasa, (RM41.0 juta) Khamis dan (RM137.6 juta) hari Jumaat manakala mereka menjadi pembeli bersih pada hari Isnin dan Rabu masing-masing sebanyak RM55.6 juta dan RM83.6 juta.

Pelabur runcit terus mencatatkan jualan bersih pada minggu lepas sebanyak RM70.3j, menjadikan rentetan jualan bersih kepada empat minggu.

Mereka menjual RM4.3 juta pada hari Selasa, RM42.3 juta pada Khamis dan RM72.9 juta hari Jumaat.

Firma penyelidikan ini berkata, pelabur runcit hanya membuat belian sebanyak RM23.6 juta pada hari Isnin dan RM25.6 juta hari Rabu.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak -10.4% dan dalam kalangan peruncit tempatan sebanyak -2.6% minggu lepas manakala institusi tempatan mencatatkan peningkatan sebanyak +2.9%. – MalaysiaGazette