Anggota tentera udara Jordan sedang memasukkan perubatan dan farmaseutikal ke dalam pesawat untuk dihantar ke Gaza. Foto: X King Aabdullah II

AMMAN – Raja Abdullah II mengumumkan tentera udara Jordan telah menghantar bantuan perubatan dan farmaseutikal segera ke hospital lapangan Jordan di Semenanjung Gaza.

“Kakitangan tentera udara kami yang tidak gentar telah menghantar bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital medan Jordan di Gaza.

“Ini adalah kewajipan kita untuk membantu saudara-saudara kita yang cedera dalam peperangan di Gaza. Kami akan sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” katanya menerusi X. – MalaysiaGazette