KUALA LUMPUR – Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang
memilih masa depan lebih lestari, pengedar rasmi Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memperhebatkan lagi tawaran untuk rangkaian kenderaan elektriknya (EV).
Terbaharu ia menawarkan Q8 e-tron 55 dan e-tron GT yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki serta menikmati keseronokan memandu kereta
elektrik Audi.
Kempen Go electric yang baru diperkenalkan memberi peluang kepada pemilik untuk mendapat penjimatan sehingga RM93,000 di samping kelebihan yang sudah diterima daripada pengecualian cukai oleh kerajaan.
Bagi model RS e-tron GT, ia dijual pada harga bermula RM699,990 dan e-tron GT
quattro RM599,990.
Pembeli turut ditawarkan percuma pengecas wallbox MOON (22kW/11kW),
percuma kredit JomCharge berjumlah RM1,000 dan pengecasan pantas
DC 180 kW DC di mana-mana Audi Centre.
Harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk premium insurans atau Program Jaminan Audi (AAP) yang boleh ditambah sebagai pilihan yang dicadangkan.
Sebagai tawaran pra-akhir tahun, model Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55 hadir dengan AAP secara percuma.
AAP memberikan pelanggan penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun dan
jaminan tambahan daripada pengeluar selama tiga tahun yang menjadikannya kepada 5 tahun.
Bantuan tepi jalan juga percuma untuk lima tahun pertama selepas kenderaan didaftarkan.
Kempen Go electric dan Your Perfect Q, electrified akan berakhir pada 31 Disember 2023. – MalaysiaGazette