Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menjalankan menaik taraf sistem selama empat hari bermula 17 November hingga 20 November 2023 dengan matlamat meningkatkan kecekapan teknologi maklumat (IT) dan memperkukuh sistem KWSP bagi ketahanan jangka panjang.

Sepanjang gangguan sementara ini, perkhidmatan real-time dalam talian KWSP tidak akan tersedia.

Dalam tempoh ini, ahli tidak akan dapat mengakses akaun KWSP mereka atau melakukan transaksi dalam talian.

Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP juga tidak juga tidak dapat menerima panggilan sepanjang tempoh naik taraf ini.

Cawangan-cawangan KWSP akan kekal beroperasi, bagaimanapun transaksi hanya akan lengkap selepas tempoh naik taraf selesai.

Ahli dan majikan digalakkan untuk merancang keperluan kewangan mereka sebelum proses naik taraf ini dijalankan dan hadir ke cawangan KWSP apabila sistem telah kembali tersedia pada 21 November 2023.

Semua transaksi atau permohonan yang tertangguh akan diproses selepas proses menaik taraf selesai.

Walaupun penaikan taraf ini akan menyebabkan beberapa kesulitan, inisiatif ini akan menghasilkan infrastruktur yang lebih efisien dan kukuh dengan manfaat yang lebih besar.

KWSP menghargai kerjasama ahli sepanjang tempoh menaik taraf ini dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan keupayaan yang lebih baik setelah proses menaik taraf ini selesai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast