Sheila Sharon a/p Steven Kumar atau dikenali sebagai 'Inspektor Sheila'

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis serta dua orang awam sekitar Jun tahun ini.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar sebelum itu yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di Majistret Illi Marisqa Khalizan di Mahkamah Sesyen Selayang mohon dibicarakan.

Sheila yang memakai sut berwarna hitam berkata; “Saya tidak mengaku bersalah” selepas tuduhan dibacakan jurubahasa.

Sheila didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran  kepada Nuraihan Nadzifah Ibrahim.

Kesalahan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Brickfields pada 16 Jun lepas pukul 5.26 petang.

Jika sabit kesalahan, Sheila berdepan didenda sehingga RM400.

Hakim kemudiannya membenarkan wanita itu dijamin dengan wang ikat jamin sebanyak RM500 hari ini.

Sheila diwakili peguam M. Manoharan manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman. -MalaysiaGazette