KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi bertanya bila lagi enam ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahu menyokong perdana menteri selepas tiga rakan mereka berbuat demikian.
Katanya, enam ahli Parlimen berkenaan jangan tunggu lama-lama.
“MP Jeli, Tanah Merah, Ketereh, Hulu Trengganu, Sg Besar dan Langkawi bila lagi.Kapal lama semakin tenggelam. Welcome aboard,” tulisnya di Facebook.
Dalam hantaran itu beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tahniahlah MP Gua Musang kerana mengutamakan pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasannya.
“Memang berani kerana umum sokong PMX setelah dua rakannya MP Kuala Kangsar dan Labuan digantung,” ujarnya.
Semalam Mohd Aziz berkata, keputusannya itu untuk memastikan kebajikan penduduk Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk kawasan Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya.
Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman turut mengambil tindakan sama.- MalaysiaGazette
geng wak jahid ni mulut xda insurans. Kita tgk sape yg tnggelam nnt