GAZA – Konvoi kemanusian Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) turut ditembak di Gaza City.

ICRC berkata, pihaknya mengalami masalah kerana konvoi kemanusiaannya di Gaza City mendapat ancaman.

“ICRC mengingatkan pihak-pihak tentang kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menghormati dan melindungi pekerja kemanusiaan pada setiap masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, konvoi lima trak dan dua kenderaan ICRC membawa bekalan perubatan untuk menyelamatkan nyawa ke kemudahan kesihatan, termasuk ke hospital Al Quds Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin telah ditembak.

Tembakan itu menyebabkan dua lori rosak dan seorang pemandu cedera ringan.

Kenyataan itu tidak menyatakan punca tembakan.

“Ini bukan syarat di mana kakitangan kemanusiaan boleh bekerja.

“Kami di sini untuk membawa bantuan segera kepada orang awam yang memerlukan, memastikan bantuan penting boleh sampai ke kemudahan perubatan adalah kewajipan undang-undang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” tambaha William Schomburg, ketua delegasi ICRC di Gaza. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast