Para jemaah membaca doa Qunut Nazilah semasa menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 09 OKTOBER 2023

KUALA LUMPUR – Masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarah untuk membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardu bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata masjid terbabit adalah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk melaksanakan perkara yang sama.

“Marilah bersama-sama kita terus bersatu hati berdoa agar Allah SWT memberikan kesejahteraan dan keamanan buat rakyat Gaza di Palestin.

“Selain itu, kita terus menghulurkan bantuan dan sokongan dalam pelbagai platform menyatakan solidariti kepada rakyat Gaza, Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Na’im, kementeriannya mengecam dan mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel yang terus menerus melancarkan serangan kepada Gaza.

Ia sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan termasuk kanak-kanak serta telah memusnahkan kediaman, premis awam dan sebagainya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast