KUALA LUMPUR – Polis sedang mengumpul maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti atau pergerakan membabitkan ejen perisikan Israel, Mossad, di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mengumpul maklumat risikan itu adalah tanggungjawab pihaknya dan jika terdapat ejen Mossad tangkapan akan dilakukan berdasarkan undang-undang.
“Kita memang mengumpul sebanyak mana maklumat termasuk juga mengenai unsur sabotaj ekonomi, pengintipan di dalam negara ini,” katanya pasa sidang media di Bukit Aman, di sini, hari.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas sama ada pihak berkuasa itu mengesan aktiviti ejen Mossad berikutan kelantangan Malaysia dalam isu Palestin.
Sementara itu, Razarudin menasihati masyarakat agar tidak pergi ke Palestin dan tidak menyalurkan sumbangan kepada organisasi yang tidak bertauliah.
“Kita takut membantu mana-mana organisasi yang mengutip derma untuk kemanusiaan rakyat Palestin menjurus kepada penipuan atau ‘scammer’ nanti,” katanya. – MalaysiaGazette