Datuk Seri Yahaya Othman.

KUANTAN – Seorang pekebun muda ditipu sejumlah RM132,515 akibat menjadi mangsa sindiket penawaran pekerjaan sambilan tidak wujud di Cameron Highlands.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 27 tahun terpedaya selepas mendapat hasil bayaran sebanyak RM45 pada tugasan pertama.

”Mangsa terpedaya tawaran kerja sambilan yang tidak wujud melalui aplikasi media sosial selepas dijemput masuk ke dalam  di aplikasi  dan telah ditawarkan bayaran sebanyak RM15 untuk setiap like, follow dan komen ke atas setiap user TikTok yang akan diberikan kepadanya melalui pautan di WhatsApp.

”Mangsa telah klik link yang diberikan kepadanya dan telah like, follow dan komen user-user tersebut. Mangsa telah dibawa masuk ke dalam group Telegram dan mangsa juga telah mendapat bayaran sebanyak RM45.

”Admin telah meminta mangsa untuk membayar RM200 sebelum memberikan tugasan seterusnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Yahaya, mangsa telah membuat bayaran RM200 dan setelah selesai tugasan mangsa telah mendapat bayaran sebanyak RM240 dan telah membuat mangsa lebih percaya.

Selepas itu, mangsa telah membuat beberapa transaksi pembayaran yang lebih besar bagi mendapatkan bayaran yang lebih lumayan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM132,515.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran kerja sambilan melalui media sosial yang menjanjikan bayaran yang lumayan.

Orang ramai turut dinasihati supaya mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat dan membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan http://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast