Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Luruan monsun dijangka berlaku di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta Timur Sabah bermula 16 hingga 18 November.

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pihaknya akan memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sekiranya perlu.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast