KUALA LUMPUR – Sembilan gerai penjaja di hadapan Dataran Pantai Teluk Kemang, Port Dickson terbakar lewat malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, dalam kejadian itu empat gerai hangus terbakar dan lima lagi terbakar 25 peratus.
Manakala tujuh gerai berjaya diselamatkan.
Tiada mangsa yang dilaporkan dalam kejadian kebakaran ini.
Operasi tamat pada jam 11 malam sebaik sahaja kebakaran berjaya dikawal. – MalaysiaGazette