Segerombolan tentera Israel berhadapan serangan Hamas dalam operasi darat di Gaza.

TEL AVIV – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa Hamas telah kehilangan kawalan di utara Gaza, ketika orang awam mengosongkan kawasan.

Regim Zionis berkata, kira-kira 200,000 telah meninggalkan utara Semenanjung Gaza dalam tempoh tiga hari lalu.

Jurucakap IDF Daniel Hagari dalam taklimat akhbar petang Sabtu mendakwa tentera darat, dengan sokongan udara dan tentera laut, sedang “memperdalam” operasi darat di kawasan kejiranan al-Shati, Gaza City.

Dalam pada itu, IDF mengumumkan lima lagi tenteranya maut dalam operasi darat di Gaza.

Menurut IDF, kematian anggota berkenaan menjadikan keseluruhan 42 orang maut ketika bertempur dengan Hamas sejak operasi darat dilaksanakan oleh regim Zionis tersebut.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast