Netanyahu bersama askar Israel

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk terus menyerang Gaza walaupun terpaksa bertindak bersendirian selepas beberapa negara sekutu termasuk Perancis mula mendesak supaya diadakan gencatan senjata.

Netanyahu dalam kenyataan terbaharu mengecam Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menuduh Israel mengebom orang awam.

“Dia membuat kesilapan yang serius, dari segi fakta dan moral. Hamas yang menghalang pemindahan orang awam, bukan Israel.”

“Israel menyuruh mereka pergi,” Netanyahu menjelaskan bahawa Hamas dan bukannya Israel yang telah menembak ke arah penduduk awam yang disuruh berpindah.

“Bukan Israel yang menempatkan dirinya di hospital, di sekolah, di UNRWA dan kemudahan PBB — ia adalah Hamas. Oleh itu, bukan Israel tetapi Hamas yang bertanggungjawab ke atas orang awam,” kata Netanyahu.

Pemimpin Israel yang bertanggungjawab mengarahkan perang di Gaza dengan tegas berikrar pada hari Sabtu untuk terus melancarkan serangan ketenteraan yang hebat ke atas Gaza.

Kumpulan itu menolak tekanan antarabangsa untuk memperlahankan atau menghentikan srangan dan berjanji untuk Israel

Dalam sidang akhbar bersama Netanyahu, Menteri Pertahanan Yoav Gallant dan Menteri Benny Gantz menggesa pemimpin Barat untuk memberikan sokongan kepada Israel dengan mendakwa kemenangannya bermakna kemenangan bagi seluruh dunia.

“Jangan menyerah kepada tekanan,” kata Netanyahu. “Perang kami adalah perang kamu. Israel harus menang demi kepentingannya sendiri dan untuk dunia.”

Macron dalam satu program tembual dengan BBC telah mendesak Israel untuk berhenti membunuh bayi dan wanita di Gaza.

Dalam temu bual eksklusif di Istana Élysée, beliau berkata “tiada justifikasi” untuk pengeboman itu, mengatakan gencatan senjata akan menguntungkan Israel.

Sambil mengiktiraf hak Israel untuk melindungi dirinya, “kami menggesa mereka untuk menghentikan pengeboman ini” di Gaza, katanya.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast