Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah kerugian kira-kira RM3,000 apabila rantai leher emas miliknya diragut di tepi jalan berhampiran bangunan beli-belah Metropoint Kajang.

Kejadian itu berlaku pada jam 10.32 ketika mangsa sedang memasukkan barangan ke dalam kereta.

“Ketika itu, tiba-tiba seorang penunggang motosikal meragut rantainya diragut menyebabkan suspek juga terjatuh tetapi berjaya melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Video berdurasi 47 saat telah dapat dirakam sebuah kenderaan awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan telah tular di sosial media.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Tambahnya, kejadian itu telah dirakam menerusi video berdurasi 47 saat oleh sebuah kenderaan awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan telah tular di sosial media.

Pihak polis menyeru supaya orang awam atau individu-individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmad Adnan di talian 014-5156933 bagi menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette