Beratus ribu berhimpun mengutuk kekejaman Israel

LONDON – Amaran Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak supaya tidak diadakan perhimpunan pro Palestin bagi menghormati Hari Armistice tidak diendahkan sebaliknya lebih 300,000 berhimpun di London.

Hari Armistice adalah ulang tahun berakhirnya Perang Dunia I apabila Britain dan negara-negara lain memperingati kematian yang berlaku dalam perang tersebut.

Polis Metropolitan berkata, perarakan pro-Palestin bermula dari Hyde Park ke kedutaan Amerika Syarikat. sejauh kira-kira 5 kilometer (3 batu).

Kumpulan berkenaan berkumpul di tengah London dengan menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Mereka melaungkan “Hentikan pengeboman Gaza” dan “Gencatan Senjata sekarang”.

Polis berkata, seramai 82 penunjuk perasaan telah ditangkap untuk “mencegah pelanggaran keamanan”.-Agensi