Mohamad Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu membuat laporan polis berhubung tawaran tertentu kepada ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah jadi bahan jenaka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa tindakan itu adalah naratif mengalih isu untuk menjaga air muka yang tercemar teruk kerana empat ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“KJ (Khairy Jamaluddin) kata, mereka MP Jombie. Saya kata mereka MP tidak ada jati diri.

“Mereka tidak sanggup duduk luar kerajaan. Kalau Tun M mangsa Langkah Kajang, kini Muhyiddin tunggu masa untuk kena “Langkah”,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mohd Puad berkata, dalam Bersatu ada dua pakar langkah iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,

“Muhyiddin yang tersalah langkah,” ujarnya.

Empat ahli Parlimen Bersatu yang memberi sokongan kepada Anwar ialah
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Mohd. Azizi Abu Naim. (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Mereka ini hanya memberi sokongan kepada perdana menteri dan tidak melompat parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast