NEW YORK – Kumpulan kebebasan awam New York, Pusat Hak Perlembagaan (CCR) memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Kumpulan itu turut memfailkan saman terhadap Setiausaha Negara Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin atas sebab bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel.
CCR mengambil tindakan tersebut bagi bagi pihak pertubuhan hak asasi manusia Palestin, rakyat Palestin di Gaza dan warga AS dan saudara-mara mereka yang terkepung dan berhadapan dengan pembunuhan Israel.
“Sejurus selepas melancaran kempen pengeboman Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza, Presiden Biden menawarkan sokongan ‘tidak berbelah bahagi’ untuk Israel.
“Yang beliau dan pegawai pentadbiran secara konsisten mengulangi dan menyokong dalam bentuk penyediaan ketenteraan, kewangan dan politik, walaupun mangsa orang awam,” kata CCR seperti yang dilaporkan Aljazeera.
Aduan itu menyatakan bahawa AS adalah sekutu rapat dan penyokong kuat Israel serta menjadikan negara itu sebagai penerima kumulatif terbesar bantuan asing sejak Perang Dunia Kedua.
Disebabkan itu, CCR berkata, AS boleh memberi “kesan pencegahan kepada pegawai Israel yang kini melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Menurut kumpulan itu Biden, Blinken dan Austin “telah membantu memajukan jenayah paling teruk” dengan terus memberikan Israel sokongan ketenteraan dan diplomatik tanpa syarat.
Ia telah menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pengeboman tanpa henti Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sejak 40 hari lalu yang menyebabkan lebih 11,000 maut.
Banyak sarjana undang-undang, kumpulan hak asasi dan kemanusiaan telah menggelar tindakan Israel di Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan kaum.-Agensi