Prof Madya Dr. Marina Mohd. Top

KUALA LUMPUR – Pensyarah Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah memilih katak sebagai haiwan kajiannya.

Pemilihan itu tepat kerana haiwan ini penting dalam ekosistem alam sekitar dan juga memainkan peranan utama.

Beliau memilih kumpulan haiwan amfibia Anura (katak) sebagai bidang kajian kerana katak adalah haiwan liar yang aktif pada waktu malam dan memainkan peranan besar kepada kehidupan manusia.

Baginya haiwan ini sangat memikat hatinya kerana ianya jarang-jarang ditemui dan beliau perlu ke habitat hutan, bukit atau paya untuk melihat sendiri keunikan pada kata-katak ini yang tidak
boleh ditemui ditempat lain.

“Seringkali kita semua terserempak dengan katak pada waktu malam, dan dendangan irama suara katak pada musim hujan membuatkan jiwa saya nekad untuk menjadi penyelidik bagi
haiwan ini.

“Bukan itu sahaja, bunyi hujan dan katak adalah bunyi alam yang menjadi terapi minda di waktu malam hari buat saya. Bunyi-bunyi alam ini memberikan getaran yang positif dan berhubungan
dengan emosi.

“Oleh itu, semasa melakukan penyelidikan di dalam hutan pada waktu malam, ia lebih tenang ketika mendengar bunyi alam semulajadi.

“Saya seorang yang aktif pada waktu malam. Mungkin disebabkan itu saya memilih haiwan ini kerana sifat katak itu sendiri juga membuatkan saya mempelajari dan mengenali haiwan ini dengan hati yang sangat terbuka,” katanya dalam sagtu kenyataan.

Beliau sebagai seorang penyelidik yang mengkaji habitat katak juga bercita-cita ingin melakukan pemuliharaan bagi habitat ini di Malaysia. Ini kerana banyak spesies katak terancam dek kerana tahap kesihatan alam sekitar yang mempunyai hubungan signifikan terhadap populasi katak.

Dr marina bersama Katak Serasah Mata Hitam yang biasa dijumpai dalam habitat hutan yang rata atau berbukit dan juga di kawasan berpaya.

Tambahnya, usahanya ini serba sedikit dapat melindungi habitat dan mengurangkan kesan buruk akibat alam sekitar yang terganggu kepada katak dan mengakibatkan kematian dan
banyak spesies yang akan pupus pada masa depan.

Dr. Marina merupakan ahli zoologi yang mengkaji haiwan liar di Malaysia, sepanjang melakukan penyelidikan ini beliau berjaya merekodkan pelbagai spesies katak yang sangat rare di Malaysia.

“Alhamdulillah, sepanjang menjadi penyelidik haiwan amfibia di UPM, terdapat lebih 42 spesies katak berjaya ditemui di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong (HSAH), Selangor.

“Salah satu katak rare yang berjaya ditemui di HSAH adalah Katak Lekit Tanah Rendah. Spesies yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia ini biasanya menghabitat kawasan
hutan tanah rendah dan spesies ini di bawah status pemuliharaan Terancam,” ujarnya.

Beliau berharap agar semua orang menilai dan memelihara setiap lingkungan halaman kediaman kita daripada tercemar kerana katak dan manusia berkongsi kediaman yang sama.

“Kehadiran katak di kediaman kita bergantung pada tahap kebersihan dan kesejahteraan persekitaran untuk katak meneruskan kehidupan,” ujarnya. – MalaysiaGazette