KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengajak seluruh rakyat Johor menyertai program ‘Solidariti Bangsa Johor Untuk Palestin’ pada hari Ahad ini.

Program itu akan diadakan di MAsjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn mulai jam 6 petang.

“Sama-sama kita hadir di Majlis Yasin, Tahlil Dan Solat Hajat Bangsa Johor Untuk Palestin Peringkat Negeri Johor 2023 pada 19hb November 2023 (Ahad).

“Panjatkan doa dan teguhkan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar penderitaan dan penindasan ini digantikan dengan cahaya keamanan dan keadilan agar kembali menyinari bumi Palestin. Insya-Allah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast