Datuk Seri Ahmad Samsuri

KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man malam ini di Dewan Terbuka Kemaman, Arena Square, di sini malam ini.

Terdahulu BN mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calonnya dalam pilihan raya tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November ini.

PRK itu diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu berhubung isu rasuah.

Pada PRU itu, Che Alias Hamid dari Pas menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab. Ghani memperoleh 506 undian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast