Prof. Dr. Mohamad Agus Yusoff

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff akan mengadakan sidang media pukul 8 malam ini.

Dalam jemputan yang dihantar oleh wakil beliau Tetuan Faizal Rahman & Co kepada media, menyatakan sidang akhbar itu akan berlangsung di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi.

“Pihak kami mewakili Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke satu sesi sidang media yang akan diadakan pada hari ini seperti ketetapan berikut,” katanya.

Bagaimanapun surat jemputan tersebut tidak menyebut topik atau isu yang akan dibangkitkan dalam sidang akhbar berkenaan.

Sejak semalam tular sebuah video seorang lelaki yang mirip wajah Mohammad Agus merayu kepada sorang lelaki untuk melakukan hubungan sejenis.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan ketulenan video berkenaan.

Mohammad Agus sebelum itu dilaporkan telah menghantar surat peletakan bagi jawatan itu berkuat kuasa pada 15 Disember ini.

Bagaimanapun menurut sumber, surat berkenaan belum dilihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih berada di luar negara.

Mohammad Agus juga difahamkan sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh tersebut.

Sebelum ini, jabatan itu dipertikaikan kerana gagal memainkan peranan dalam melaksanakan tugas dengan berkesan terutamanya berkaitan insentif kerajaan kepada rakyat.-MalaysiaGazette