KUALA LUMPUR – MIC tidak terjejas dan mampu berdiri di atas kaki sendiri walaupun parti itu tidak mempunyai wakil dalam kerajaan.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, pihaknya tidak akan melobi jawatan kerana MIC adalah sebuah parti yang bermaruah yang telah lama wujud untuk membela nasib kaum India.

 “Lanskap dan senario politik tidak seperti dulu lagi, jika kita tidak ada jawatan itu lebih bagus kerana kita ada tugasan lain, tanggungjawab lain. Banyak isu yang perlu diselesaikan.

“Antara jalan penyelesaian itu ialah melalui pendidikan, kita perlu wujudkan lebih banyak peluang kondusif untuk generasi akan datang dengan memberikan peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar kita,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung MIC ke-77, di sini, hari ini.

Sementara itu, Vigneswaran meminta ahli MIC supaya lebih agresif dalam mentransformasi dan meremajakan parti tersebut agar ia kekal relevan.

Sementara itu, ketika ditanya tidak pemimpin Barisan Nasional (BN) pada perhimpunan itu, beliau memberitahu, ia disebabkan hari ini merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman yang mana BN bertanding pada pilihan raya itu. -MalaysiaGazette