isham jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Abdul Jalil memberitahu beliau dihubungi polis berhubung siasatan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.

Isham diberitahu polis, Siti Mastuara ada memaklumkan  mendapat info mengenai hubungan saudara veteran DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin komunis, Chin Peng daripada satu risalah yang dikatakan dari BN (Barisan Nasional) Comms.

“Polis bagitau saya, YB Mastura kata dia dapat info daripada satu risalah BN Comms ketika kempen, mungkin polis siasat saya kot, tak tau siasat ke tak sebab saya Ketua Penerangan UMNO.

“UMNO dan BN Comms adalah lain. Benda ini berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU). Saya bukan ketua penerangan UMNO ketika itu. Saya tak rasa risalah BN yang keluarkan,’’ katanya menerusi Facebooknya.

Bagaiamapun, Isham tidak memperincikan sama ada beliau turut disiasat mengenai isu terbabit.

Selasa lalu, Siti Mastura hadir ke Bukit Aman selepas dipanggil berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang itu hadir bersama peguamnya turut menyerahkan beberapa bukti atas percakapan Siti Mastura di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Siti Mastura didakwa mengaitkan pemimpin Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu Chin Peng. – MalaysiaGazette