KUALA LUPUR – Skuad wushu negara mempamerkan aksi cemerlang apabila telah memenangi satu pingat emas, tiga perak dan dua gangsa yang berlangsung ketika ini di Kejohanan Wushu Dunia di Texas, Amerika Syarikat (AS).
Seorang lagi atlet negara yang beraksi dalam acara itu, Clement Ting meraih gangsa selepas mencatatkan 9.800 mata, kurang 0.003 mata di belakang pemenang perak dari Indonesia.
Sementara itu, tiga pingat perak disumbangkan Loh Ying Ting dalam acara changquan wanita, Clement Ting (daoshu lelaki) dan Sydney Chin (Taijijian wanita).
Bekas juara dunia nandao wanita 2019, Tan Cheong Min bagaimanapun sekadar meraih gangsa dalam acara nangun wanita, tewas kepada atlet Vietnam (emas) dan Hong Kong (perak).
Jurulatih wushu kebangsaan, Koo Chee Zhong berkata, dia berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan atlet negara yang mempamerkan semangat juang tinggi biarpun mengalami selesema sejak tiba di AS.
Dia berkata, atlet negara masih bersaing dalam 10 acara sehingga esok dan peluang untuk menambah pingat masih ada. – MalaysiaGazette