Bangunan utama UTHM di Batu Pahat.

BATU PAHAT – UTHM akan mengadakan Istiadat Konvokesyen Ke-23 pada 2 hingga 7 Disember 2023 ini yang akan disempurnakan oleh Canselor UTHM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bakal dianugerahkan Ijazah KehormatTeknologi Kejuruteraan Mekanikal ketika berlangsungnya sidang khas pada hari pertama
Istiadat Konvokesyen Ke-23 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk.

Untuk rekod, Sultan Johor merupakan Canselor UTHM sejak tahun 2002 hingga awal tahun 2022.

Pada 3 Disember tahun lalu, Tunku Mahkota Johor dimasyhurkan sebagai Canselor UTHM yang baharu.

Manakala, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UTHM yang baharu bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Haji Azmi Rohani.

Pada tahun ini, lebih 4,837 orang graduan layak menerima sijil masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma.

Konvokesyen kali ke-23 ini akan turut dimeriahkan dengan penganjuran Festival Konvokesyen UTHM 2023 yang bertemakan “Universiti Memperkasa Perpaduan Insani” pada 1 hingga 10 Disember ini bertempat di Padang Kawad, kampus induk.

Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung sepanjang 10 hari festival berlangsungantaranya terdapat lebih 200 gerai jualan, persembahan artis-artis terkenal tanah air, pameran daripada kelab dan agensi, pelbagai pertandingan seperti acara sukan, kebudayaan, mewarna, fotografi, nasyid, memasak dan dekorasi makanan, auto-show serta program kerohanian seperti UTHM Berselawat dan Pencetus Ummah. – MalaysiaGazette