Galazy Leader yang dirampas oleh Houthi,

TEL AVIV – Pemberontak Houthi Yaman mendakwa telah merampas sebuah kapal kargo Israel yang melalui Laut Merah.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree yang mengakui kejadian itu berkata, pihaknya telah “menjalankan operasi ketenteraan di Laut Merah dan hasilnya adalah rampasan sebuah kapal Israel dan membawanya ke pantai Yaman.”

Beliau berkata, pihaknya akan berurusan dengan anak kapal yang berjumlah lebih dua dozen mengikut ajaran dan nilai agama Islam.

Dalam kenyataan, Yahya mengulangi ancaman untuk menyasarkan mana-mana kapal yang berkaitan dengan Israel di Laut Merah kerana “pencerobohan kejam” Israel terhadap Gaza.

Menurut The Times of Israel, dua pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan  Houthi merampas kapal itu, sebuah kapal pengangkut kenderaan bernama Galazy Leader di Laut Merah.

Kumpulan itu turun ke atas kapal kargo itu dengan turun dari helikopter, kata pegawai itu, mengesahkan butiran yang pertama kali dilaporkan oleh NBC News.

Pegawai itu bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara itu secara terbuka.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast