Hishamuddin Hashim

KUALA LUMPUR – Modus operandi sindiket pemerdagangan manusia kini dipercayai menawarkan peluang perniagaan berbanding menewarkan peluang pekerjaan bagi memerangkap mangsa warga tempatan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mereka ditawarkan menjadi pengedar produk-produk terkenal di luar negara.

“Ini merupakan cara baharu mereka memancing mangsa yang akhirnya akan dipaksa menjadi ‘scammer’ atau kerja lain,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut MHO sendiri telah terima lebih 1,000 aduan mangsa terperangkap di Myanmar walaupun mangsa dapat akses untuk melarikan diri namun masih sukar untuk membawa mereka pulang ke tanah air kerana isu logistik.

Sementara itu, beliau meberitahu, MHO turut menghadapi kekangan kewangan dalam usaha membawa pulang mangsa yang berjaya diselamatkan dengan kebanyakan daripada mereka adalah golongan susah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast