Unit Pemusnah Bom dan K9 dikerahkan ke lokasi bagi pemeriksaan lanjut.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan susulan dua buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ugutan ancaman bom hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur, V. Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada sekolah antarabangsa di Tanjung Bungah pada jam 11.20 pagi manakala sekolah di Jalan Sungai Pinang jam 12.27 tengah hari.

Jelas beliau, berdasarkan laporan pengadu pihak sekolah menerima ugutan bom menerusi emel.

Saravanan.

“Kedua-dua pihak pengurusan sekolah itu menerima emel yang daripada penghantar [email protected]. dengan tajuk ‘bahan letupan telah ditanam di sekolah’.

“Kandungan emel menceritakan penghantar emel mengalami masalah hidup yang mana dia dibenci orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah.

“Susulan itu, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Unit Anjing Pengesan (K9) serta bomba dikerah ke lokasi bagi pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Unit K9 melakukan pemeriksaan di sekolah antarabangsa di Jalan Sungai Pinang, Pulau Pinang selepas menerima ugutan ancaman bom menerusi emel hari ini.

Tambah Saravanan, hasil pemeriksaan tiada sebarang penemuan yang mencurigakan dan dua kertas siasatan dibuka berhubung insiden tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan kita juga akan memohon semakan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengenai pasti butiran pemilik emel tersebut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Sembilan sekolah antarabangsa di Lembah Klang terima ancaman bom

Terdahulu, media melaporkan sembilan buah sekolah antarabangsa di sekitar Lembah Klang menerima ancaman bom.

Tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.

Manakala dua lagi  sekolah di Wangsa Maju turut menerima ancaman melalui hantaran emel.

Turut tular beberapa hantaran di media sosial berhubung ugutan ancaman bom di sekolah antarabangsa susulan ibu bapa kepada pelajar di sekolah tersebut dikatakan menerima panggilan daripada pihak sekolah yang meminta menjemput anak mereka pulang disebabkan ancaman itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast