Fakulti Syariah dan Undang-Undang juara Mawahib USIM 2023.

NILAI – Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam acara Grand Finale Mawahib USIM 2023.

Dengan kemenangan itu, FSU membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 beserta dengan sebuah piala pusingan.

Manakala Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) pula naib juara dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) di tempat ketiga.

Manakala Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), serta Fakulti Pergigian (FPG) menerima hadiah saguhati.

Imran Haziq Jamali, salah seorang peserta FSU menyifatkan acara ini merupakan cabaran yang hebat.

Kumpulannya menyertai Mawahib USIM kerana menyahut cabaran dan mahukan pengalaman baharu, apatah lagi ia pertama kali mereka menyertai pertandingan yang menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Arab dan Inggeris.

Dalam ketika itu, Profesor Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama dalam upacara perasmian mengucapkan terima kasih kepada pelajar dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Mawahib USIM.

Program ini bermula dari awal Ogos 2023.

Menurutnya, kelainan yang ditonjolkan melalui program yang dijenamakan semula sebagai Mawahib USIM ini bertujuan mengembangkan lagi bakat pelajar serta memantapkan penguasaan bahasa Arab dan Inggeris.

“Saya amat berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ia mampu mewujudkan persekitaran intelektual selari dengan keadaan semasa yang semakin mencabar dan dorongan untuk menyesuaikan diri dengan cepat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast