TEL AVIV – Tular video sekumpulan kanak-kanak Israel menyanyikan lagu yang mengalakkan pembunuhan besar-besaran atau genosid penduduk Palestin di Gaza.
Klip video itu disiarkan oleh stesyen penyiaran kebangsaan Israel Kan News di platform X bagi mengalakkan pembunuhan besar-besaran ke atas masyarakat Palestin.
Lapor The Electronic Intifada, Kan News menganggap lagu tersebut sebagai lagu persahabatan 2023 biar pun bait liriknya dipenuhi panggilan yang menggalakkan pembunuhan besar-besaran.
“Malam musim luruh jatuh di atas pantai Gaza, pesawat mengebom, kemusnahan, kemusnahan. Dalam masa setahun kami akan memusnahkan semua orang, dan kemudian kami akan kembali untuk membajak ladang kami,” nyanyi kanak-kanak tersebut.
Lirik tersebut telah diterjemahkan untuk The Electronic Intifada oleh penulis bebas dan pembuat filem David Sheen.
Kan News menyiarkan video penuh lagu itu pada akaun X pada hari Ahad tetapi memadamkannya tidak lama kemudian selepas mendapat bantahan.
Lagu dan video tersebut dicipta oleh ‘pakar peperangan psikologi’ Ofer Rosenbaum yang mengetuai firma perhubungan awam, Rosenbaum Communcation.
Ofer mengendalikan organisasi Civil Front yang bertujuan untuk menggerakkan sokongan kepada tentera Israel untuk perangnya di Semenanjung Gaza dan untuk pendudukan semula.
Beliau mempunyai kaitan dengan beberapa projek pengiklanan yang telah dilaksanakan di Tel Aviv pada tahun 2020 dan matlamatnya adalah untuk mempromosikan pembersihan etnik rakyat Palestin. – Agensi
Asyik siarkan cerita macam ni saja. Xdakah cerita yg menggambarkan usaha keamanan?