anak makcik kemboja
Tangkap layar rakaman video memaparkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya anak 'makcik Kemboja' seperti tular dalam TikTok.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya anak ‘Mak Cik Kemboja’ mencabar netizen yang mengecam ibunya dalam media sosial agar bersemuka dengannya sendiri.

Dia berbuat demikian menerusi rakaman video berdurasi 29 saat yang tular dalam TikTok hari ini.

“Aku cabar engkau, daripada engkau menyalak macam ****** dekat TikTok, aku cabar engkau, kau face aku dekat kilang ni.

“Yang kau hina tu mak aku tau,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video tersebut.

Setakat ini, sebanyak 14 laporan diterima polis ekoran kenyataan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Mak Cik Kemboja’ kerana didakwa menghina orang Melayu sebagai pemalas.

Tindakan lelaki terbabit hanya mengundang kecaman para netizen yang mengingatkannya bahawa ‘Mak Cik Kemboja’ yang memulakan provokasi dahulu.

Semalam, wanita berkenaan telah menyiarkan rakaman video mengandungi permohonan ampun yang dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina orang Melayu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Makcik Kemboja mohon ampun kepada TMJ