Wanita yang dikenali Makcik Kemboja.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja membuat permohonan ampun dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.

Pemilik gedung tekstil menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor, dikenali sebagai Madame Mariyah tampil memohon ampun menerusi satu video yang kini tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob tampil membuat permohonan ampun susulan pengguna media sosial meminta tindakan diambil terhadap Mariyah yang telah menghina orang Melayu.

“Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya sebak. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. cara kau menengking pkrja ckup tiada budi pkerti.. nasib pkrja Kau tu bkn aku.. Aku ttap x boleh terima cra terguran kau mnjerit2 dgn kesalahn kcil.. klu kna pd aku mmg kau msuk bwah mesin sbb Aku jga ada Maruah diri.

Comments are closed.