GAZA – Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza telah melepasi 14,000 sejak konflik Israel-Hamas semasa meletus pada 7 Oktober, kata pejabat media Kerajaan Hamas.
Ketua Pengarahnya, Ismail al-Thawabta berkata, antara yang maut ialah 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita, manakala lebih 33,000 lagi cedera.
Manakala angka orang hilang telah melebihi 6,800, termasuk 4,500 kanak-kanak dan wanita di bawah runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan Israel.
Israel telah melakukan serangan ke atas Gaza sejak beberapa minggu lalu untuk membalas serangan mengejut Hamas ke atas Israel selatan pada 7 Oktober lalu. – Agensi