Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat tinjauan ke lokasi kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3, Klang Selangor.

KLANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan dakwaan kualiti turapan yang rendah punca seorang penunggang motosikal maut di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3 di sini, 18 November lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja turapan yang dijalankan kontraktor kementeriannya mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Setahu saya, kesemua kerja turapan mengikut SOP sedia ada. Saya mungkin tidak katakan mungkin tidak ada lakukan begitu.

“Sekurang-kurangnya kita ada sistem di KKR dan JKR memang ikut SOP sepatutnya kalau ada rakyat tahu di mana (lokasi), boleh buat aduan menerusi aplikasi MyJalan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja ke lokasi kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3 di sini, pada 18 November lalu.

Hadir sama Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali dan Ahli Dewan Negeri Meru, Siti Mariam Abdul Rashid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast