Gambar hiasan.

TEL AVIV – Kos kerugian akibat perang yang ditanggung oleh Israel dalam serangan dari udara, darat dan laut terhadap Gaza boleh mencecah RM220 bilion (AS$40 bilion).

Sebuah syarikat perunding kewangan Israel berkata, kerugian tersebut akan ditanggung oleh Israel sepanjang tahun ini dan tahun depan

“Kemungkinan Israel akan menanggung dua pertiga daripada jumlah kos perang, dengan bahagian selebihnya ditanggung oleh Amerika Syarikat dalam bentuk bantuan ketenteraan,” lapor Leader Capital Markets Israel.

Agensi berita Anadolu melaporkan, jumlah yang dianggarkan Leader Capital Markets bermakna kerajaan Israel mungkin perlu meminjam sekali lagi dalam mengharungi apa yang telah digambarkan sebagai konflik bersenjata paling buruk dalam setengah abad.

Bagaimanapun negara haram tersebut hanya akan menanggung dua pertiga darpada kos perang dengan selebihnya dibiayai oleh sekutu kuatnya, Amerika Syarikat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast