Gambar hiasan

KUANTAN – Akibat terpedaya dengan pelaburan yang kononnya menjamin keuntungan dalam masa dua hari, seorang juruteknik di sini rugi RM85,000 akibat ditipu skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa seorang lelaki berusia 41 tahun telah membuat sebanyak sembilan transaksi bermula 30 Oktober hingga 20 November sebelelum menyedari dirinya tertipu.

”Mangsa telah melayari laman Instagram tentang jual beli saham Bursa Malaysia dan telah menekan pautan dan telah disambungkan ke satu kumpulan WhatsApp pada bulan Ogos lalu.

”Kemudian mangsa telah mendapat penerangan dari admin komuniti berkenaan cara-cara untuk membuat pembelian saham tersebut.

”Pelabur dijanjikan akan mendapat keuntungan dalam masa dua hari. Oleh itu, mangsa hanya perlu mengikut arahan untuk membeli dan menjual saham pada masa yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lelaki itu kemudiannya telah membuat pembelian saham atas arahan admin group dengan membuat pembayaran pada akaun yang ditetapkan.

Yahaya menasihatkan orang ramai supaya melabur di platform yang betul dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Tegasnya masyarkat boleh mendapatkan nasihat kewangan dari ejen yang berdaftar.

“Jangan percaya pada pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat. Jangan masukkan wang ke akaun bank yang tiada kaitan dengan pelaburan yang dibuat.

”Semak senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di Bank Negara Malaysia ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast