KUALA LUMPUR – Polis selesai mengambil keterangan daripada tiga individu bagi membantu siasatan terhadap dakwaan seorang wanita menerima gangguan seksual daripada pegawai kana sebuah agensi penguatkuasaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga telah selesai mengambil keterangan wanita itu yang merupakan pengadu dan pegawai khas di pejabat suspek.
“Siasatan kes di peringkat akhir selepas kita memanggil dan merakam percakapan daripada mangsa yang juga pengadu (wanita), suspek yang juga suspek.
“Polis juga telah merampas telefon bimbit suspek dalam kes ini setelah selesai merakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut dalam kes ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Shuhaily, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 507A KK, Seksyen 292 KK, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette