KUALA LUMPUR – Satu mayat lelaki dalam keadaan terbakar seluruh badan ditemui orang awam di tepi sebuah Lombong D’Land di Puchong, di sini, hari ini.
Ketua Polis Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang dan diikat dengan dawai di pergelangan kaki.
“Mayat si mati berada berhampiran Sungai Rasau serta jarak dengan Jalan Puchong-Cyberjaya hanya lebih kurang 10 meter,” katanya menerusi kenyataan, hari ini sambil menambah laporan mengenai insiden tersebut diterima pada jam 8.01 pagi ini.
Menurut Wan kamarul Azran, hasil siasatan ia adalah kes bunuh diri dengan cara membakar diri sendiri namun pihaknya masih meneruskan siasatan sehingga punca kematian diperoleh selepas proses bedah siasat
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette