PUTRAJAYA – Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 tidak akan dilaksanakan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang hanya mengenai kedudukan jawatan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pada perhimpuan tersebut ia bekisar Muhyiddin tidak bertanding disusuli perbahasan oleh para perwakilan tentang isu itu.
“Para pembahas menolak cadangan Presiden, kemudian adanya mesyuarat khas Majlis Tertinggi menolak cadangan itu dan akhirnya pada ucapan penutup Presiden (Muhyiddin) kata tidak jadi letak jawatan. Keseluruhan perhimpunan itu berkisar tentang itu sahaja.
“Tidak bicara isu rakyat, isu ekonomi atau antarabangsa tidak jadi tumpuan. Kongres Keadilan tidak boleh begitu, kita akan bicara soal kestabilan politik, kita bicara bagaimana hendak rancakkan ekonomi, fokus dalam kebajikan dan keadilan rakyat. Paling penting tatakelola pemerintahan,” katanya berucap pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023, hari ini.
Menurut Saifuddin, berikutan beliau mahu para perwakilan lebih fokus dalam pengisian Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 selama dua hari ini – MalaysiaGazette
pn tak perlu bincang hal rakyat kerana tujuan utama pn terutama pas ia lah untok jadi kerajaan . seronok nya jadi kerajaan ada kuasa ada harta negara untok bawa balik . hahahaha. rakyat boleh hidup sendiri tiada kerajaan pun asalkan beri mereka kebebasan . tengok di Kelantan bersepah dah jutawan macam kulat tumbuh waktu hujan .
para pimpinan ph dan gabungan perlu teruskan kerja keras utk yakinkan rakyat terutama golongan muda yg mudah terpengaruh isu2 yg kdg2 berbaur fitnah. laksanakan kaedah yg jelas dan pantas. segala maklumat tindakan kerajaan perlu tersebar pd semua peringkat masyarakat. gunakan medium2 yg mudah dicapai di mana maklumat terus sampai dijejari rakyat. tepis2 saja nyamok2 pn dan sekutunya. ibarat masuk hutan kalu kebal gigitan nyamok insyaAllah berjaya selusuri ranau, ranjau dan onak duri. semuga kerajaan perpaduan kekal terus utk penggal mandatang. aminn